ramdzan <ramdzan_minhat@...> wrote:
Saya senang sangat membaca artikel yg telah disisipkan, oleh Rohyati. Syabas!!
Saya yakin suatu hari anda akan menjadi seorang penulis yang berwibawa dan disegani. (or has it already? wink!)
Terima Kasih Rohyati kerana berkongsi matlumat perihal proses pengarangan cerpen mahupun karya-karya yg bakal dihasilkan penulis baru macam saya ini.
Sesuatu yg muskyil. Bagi pengamatan saya bahasa indonesia sangat peka dengan persekitaran lantas "membenarkan" penulis berkarya mengikut gerak hati -
walau pun dari sudut tatabahasa ianya kelihatan canggung. Isi-patinya hanya pembaca yg lebih layak menilainya (ya?).
Oleh kerana itu, hasilnya sangat mengkagumkan sebab, keterbatasan yg diolah "semahunya" oleh si penulis, membenarkan dia mengutarakan ide yg baik dan lumrah/natural pd masyarakat dan persekitaran.
dibandingkan di Singapura, mahupun di Malaysia (mungkin juga di Brunei), tata-bahasa itu dan susunan ayat itu sendiri byk dipengaruhi oleh budaya dan mungkin juga aqidah si penulis mahupun DEWAN BAHASA yg wujud dinegara kami. Lantaran, setiap imbuhan dan susunan ayat atau pun kekata tidak sebebas kemahuan si penulis.
Hasilnya, walaupun, ia nampak indah, kekadang, ide dan maksud yg tersurat, mahupun tersirat tidak dpt diutarakan semahunya. Hanya dalam PUISI saja si
penulis bebas dari tata-bahasa dan susunan-kata.
eg. imbuhan MEM(-BAIK)agak canggung (malah juga tidak diterima) bagi org2 sg or mysia, dalam cerpen atau ayat-ayat formal. Apalagi kekata yg diakhiri dgn
imhuhan "i" sewenang-wenangnya.
Yg paling gempak apabila MALAYSIA membantah lagu sheila on 7 "pejantan tangguh" sebelum ianya diedarkan ke malaysia. Akhirnya SHEILA ON 7 akur lalu menukar PEJANTAN TANGGUH kepada PRIA TERHEBAT.
Dari segi susunan kata dan maksud tersirat, PEJANTAN TANGGUH dikira terlalu "adult" atau mungkin terlalu lancang dan lucah. PRIA TERHEBAT menjadi pujaan org2 malaysia dan sg - sebab yg tersirat tidak menyimpang dari budaya dan tatasila.
Saya masih belajar dan suka sekali dapat matlumat perihal bagaimana rantau ini memperkayakan bahasa "MELAYU". he he he.
terima kasih. sekadar coretan.
/dzan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Terima kasih telah berkunjung, silahkan tinggalkan jejak persahabatan berupa komentar agar bisa menjalin relasi sebagai sesama blogger. Soalnya suka bingung, SILENT READER itu siapa saja, ya? :D